Lain kali, jangan nak berlagak pandai.
Lain kali, fikir la dulu pasal orang lain yang terlibat sekali. Nyawa ni bukannya bahan permainan. Tak boleh dikecai dan diperbaiki semula dengan super glue.
Lain kali, jangan cuba menipu. Nak fikir pasal menipu pun haram. Kalau ada orang yang baik hati dan sudi nak cover untuk kau, ok. Kau antara orang yang bernasib baik. Tapi kau la juga antara orang yang takkan belajar sampai bila-bila macam mana nak hidup sendiri, macam mana nak merdeka.
Lain kali, jangan nak menyusahkan orang lain. Walaupun dia memang berniat untuk menolong, kau la yang bertanggungjawab kalau ada apa-apa yang terjadi kepada dia nanti. Kau tanya, kalau aku tak ada pilihan? Kalau benda tu dah terjadi? Aku akan jawab, sila rujuk ke ayat pertama dalam entri ni. Guna biji mata kau, baca betul2.
Antara kau dan aku, tak banyak beza kan?
Sebab tu la aku nak pesan kat kau buat kali terakhir:
Lain kali, pastikan tak wujudnya lain kali.
2 years ago
whoa. i sense a huge surge of anger in this post.
ReplyDeletewassup?
ey, how do i link to other blogs btw? saya budak baru belajar. =)
You've resurfaced after a week!
ReplyDeleteI'm not really sure since I've never used Wordpress. Maybe you should ask any other pals who use it? There should be a template option that allows you to add people to your blog. Unless you're nifty with HTML, which I'm not. :P